blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Twitter & Revolusi Tunisia

Sunday, January 16, 2011
Ketika media laman sosial dilihat memainkan peranan dalam membentuk semula sosio politik di Timur Tengah dan Afrika Utara, penunjuk perasaan Tunisia pula menggunakan Twitter untuk menyiarkan maklumat pemberontakan popular mereka dalam menentang dasar media dan ekonomi kerajaan.

Video-video pertempuran jalanan di bandar Tunisia telah disiarkan dalam YouTube sebelum beberapa video telah di'padam'kan, minit demi minit peristiwa telah diupdate melalui tweeter berkaitan maklumat bilangan kecederaan, dan laporan keadaan politik yang pantas telah memukau para penonton Arab.

Bechir Blagui, yang mengendalikan laman web Free Tunisia, berkata rakyat telah menggelarkan pelbagai nama yang berbeza untuk "revolusi" ini.

"Mereka memanggilnya sebagai pemberontakan Jasmin, pemberontakan Sidi Bouzid, pemberontakan Tunisia... tetapi hanya ada satu nama yang menggerakkan keadilan apa yang sedang terjadi di dalam tanah air ini: Revolusi laman sosial, atau lebih dikenali sebagai, revolusi Facebook," Blagui berkata.

Dia berkata tanpa media tradisional - kerana pengharaman kerajaan ke atas laporan maklumat dan memenjarakan wartawan-wartawan bebas seperti Fahem Boukaddous - Rakyat Tunisia mengambil inisiatif dengan telefon bimbit mereka dan online untuk mendokumentasikan apa yang telah berlaku di dalam negara mereka sejak empat minggu yang lalu.

"Digabungkan pula dengan Twitter, ia membantu organisasi bawah tanah yang ramai di sekitar bandar-bandar kecil di kawasan terpencil. Ia penting dalam usaha mengorganisasi," Blagui menambah.

Nasser Weddady, pejuang hak asasi merangkap Pengarah Congress Islam Amerika yang telah memantau dengan teliti peristiwa-peristiwa di Tunisia, percaya media laman sosial tidak menyebabkan berlakunya pemberontakan, tetapi peranan paling pentingnya ialah untuk memakluman kepada dunia luar terhadap protes ini, jumlah rakyat yang terbunuh semasa pertempuran dengan polis , dan sebagainya.

"Sekurang-kurangnya untuk dua minggu pertama, Al Jazeera , dan France24 menyampaikan berita peristiwa-peristiwa secara eksklusif daripada apa yang diperolehi daripada pengguna-pengguna laman sosial Tunisia dan pengumpul seperti Nawaat [kelompok pembangkang Tunisia]. Twitter adalah lebih mustahak dalam mendapatkan maklumat bagi pemerhati asing dan wartawan-wartawan," katak Weddady, yang juga aktivis anti perhambaan dan pengguna Twitter.

"Tetapi sejumlah tindakan tegas telah diambil terhadap Facebook apabila kerajaan dengan agresif mengumpul kata laluan pengguna-pengguna melalui phishing attack dan menutup akaun-akaun pengguna yang terdapat video dan maklumat tentang peristiwa-peristiwa pemberontakan," katanya.

Juruanalisis media lain mengatakan media laman sosial telah memenuhi kekosongan maklumat yang ditinggalkan oleh kebanyakan media aliran utama di barat, di mana bagi mereka terlalu lambat dalam melaporkan ke atas situasi itu.

Nir Rosen, Fellow di New York University Center , telah menulis di dalam tweeter: "Media barat Sh**ty tidak mempedulikan pemberontakan di Tunisia dan tindakan rejim yang keras dan kejam . Bagaimana kalau ia berlaku di Iran? Kami tidak pernah dengar apa-apa tentang Tunisia Neda."

Pada 14 Januari, Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali melanjutkan tempoh kerajaannya, dan akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh masa enam bulan lagi serta berjanji tidak berlanjutan sehingga 2014. Tetapi ini tidak meredakan kemarahan orang awam dan presiden melarikan diri dari Tunisia lewat petang itu.

Houeida Anouar, seorang wanita muda Tunisia, menulis dalam tweeter: "Saya tidak pernah begitu berbangga menjadi rakyat Tunisia!"

Dalam beberapa jam semasa penerbangan Ben Ali dari negara itu, telah berlaku kesibukan aktiviti di dalam jaringan laman sosial.

Sami ben Gharbia, warga Tunisia yang tinggal di Jerman, menulis di dalam tweeter: "Disahkan. Ambassador Tunisia ke UNESCO telah meletakkan jawatan dan mengumumkan perletakan jawatannya pada siaran radio tempatan Perancis di Paris."

Dia kemudian menghantar satu video - polis penembak hendap (sniper) telah menembak penunjuk perasaan di ibu negara Tunisia.

Aktivis-aktivis hak asasi Arab yang lain sedang memantau momentum dan kesan di Tunisia dengan mengharapkan reformasi serupa berlaku di negara mereka.

Mona El Tahawy, seorang kolumnis dan pemidato umum Arab, menulis dalam tweeter bahawa "Setiap pemimpin Arab memerhatikan Tunisia dalam ketakutan. Setiap warga Arab memerhatikan Tunisia dengan harapan dan perjuangan."

Aalmasri, pengguna Twitter Jordan, menulis dalam tweeter: "Akan ada lebih banyak darah. Tabahlah wahai saudaraku di Tunisia!"

Jihan Ibrahim, seorang aktivis media dan pembaharuan politik di Mesir, dengan sepenuh hati mengikuti peristiwa-peristiwa di Tunisia. Sebagai penyokong media laman sosial dan aktivisme, dia menulis di dalam tweeter "Revolusi ini ialah Twitter."
Pada 31 Disember, saya menulis bahawa media laman sosial akan menjadi satu ancaman yang serius kepada kerajaan yang sering menahan kebebasan bersuara dan terus-menerus menjahanamkan ekonomi - kerap rasuah - polisi.

Weddady, percaya yang kuasa di dalam media laman sosial boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan Arab lain untuk "mengatasi sekatan-sekatan mereka seperti apa yang berlaku di Tunisia, sebuah model negara yang cekap dalam soal penindasan dalam talian dan luar talian."
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks