blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Suami Artis Syella Kamaruddin Ini BETUL-BETUL Macam MUSA HASSAN

Friday, November 25, 2011

Ramai yang kata wajah suami Syella Kamaruddin ni saling tak tumpah macam bekas IGP Malaysia, Musa Hassan. Kalau betul apa salahnya?. Adakah takut bini lama marah atau takut orang tahu pasangan kepada Syella Kamaruddin yang bertaraf jutawan itu rupa-rupanya bekas Ketua Polis Negara.

Nanti ramai pula yang persoalkan bagaimana bekas Ketua Polis Negara mempunyai duit sebanyak RM15juta untuk majlis perkahwinannya sahaja.Adakah itu duit pencennya selepas berkhidmat sebagai Ketua Polis selama ini?. Atau itu duit tabungan Musa Hassan sendiri sejak dari kecil seperti mana Rosmah menabung untuk membeli cincin RM24 juta.

Jika perkahwinan anak Presiden Indonesia Edhie Baskoro Yudhoyono (Ibas) dan Siti Ruby Aliya Rajasa (Aliya) sendiri diteliti duit mana yang digunakan, duit sendiri atau duit kerajaan, inikan pula bekas pegawai kerajaan yang baru tamat perkhidmatan 2 tahun lalu dan sudah menjadi 'jutawan'?.

Kredit gambar : MYARTIS
Read Full 11 comments

Minta POLIGAMI, Isteri Bunuh, CINCANG Tubuh SUAMI Sebelum Masak

Zainab Bibi bersama sepupu lelakinya (kiri) setelah ditahan

SHAH FAISAL - Pihak Polis Pakistan telah menahan seorang wanita yang membunuh suaminya sendiri. Wanita tersebut turut merancang untuk memasak potongan tubuh dari suaminya itu.

Zainab Bibi telah ditahan di Shah Faisal, wilayah yang terletak di salah satu kota besar di Pakistan, Karachi, kerana ingin memasak daging suaminya sendiri. Pihak Polis juga menemukan potongan bahagian tubuh suami Zainab yang ditempatkan di dalam periuk.

"Zainab dan sepupu lelakinya telah membunuh Ahmed Abbas (suami Zainab), dan mencincang anggota tubuhnya. Setelah itu, mereka akan memasak daging suaminya," menurut Ketua Polis Shah Faisal, Nadeem Baig, seperti dilaporkan AFP, Jumaat (25/11/2011).

(Atas dari kiri) Gambar-gambar dari stesen TV tempatan menunjukkan periuk-periuk yang sudah siap berisi daging dari tubuh suaminya sedia untuk dimasak. Dan kanan sekali adalah gambar pakaian suaminya yang berlumuran darah ditemui dalam sebuah bekas baju. (Bawah) Gambar menunjukkan bekas baju dan periuk yang berisi daging suaminya di dalam sebuah ambulan sedia untuk disiasat.

Zainab ditangkap setelah jirannya melaporkan perbuatannya kepada pihak polis. Stesen televisyen tempatan juga menunjukkan potongan tubuh Ahmed yang ditempatkan di dalam periuk.

"Ada dua faktor yang menyebabkan Zainab merancang untuk memasak daging suaminya sendiri. Pertama kerana Zainab ingin menghapuskankan barang bukti, dan yang kedua adalah kerana emosi Zainab yang meledak-ledak. Zainab tentu tersinggung dan amat marah ketika Ahmed menyatakan niat untuk berkahwin lagi dengan wanita lain," tambahnya.

Perundangan di Pakistan membenarkan setiap suami untuk berpoligami, namun untuk berpoligami, lelaki perlu meminta izin daripada isterinya terlebih dahulu.
Read Full 1 comments

Pengemis DERMAKAN RM20,000 Kepada Yang LEBIH MEMERLUKAN

Wang Zhiyou menunjukkan bukti sumbangannya kepada penerima

HUNAN - Kebiasaanya seorang pengemis akan menyimpan duitnya untuk dirinya sendiri, tetapi berbeza pula bagi Wang Zhiyou. Dirinya meminta sedekah untuk disumbangkan kepada orang yang lebih memerlukannya.

Lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari  Yongping di wilayah Heilongjiang, China, ini telah mengemis selama 15 tahun dan terkenal dengan gelaran "Pengemis Dermawan dari Timur Laut".

Dia tiba di kota Changsha, ibukota Hunan, pada 6 September 2011 lalu. Sudah menjadi kebiasaan baginya tinggal di satu tempat selama sebulan sebelum berpindah ke tempat lainnya.

"Setelah sebulan mengemis, saya terus menyumbangkan wang tersebut kepada orang yang memerlukannya. Saya berharap dapat menemui orang-orang tersebut melalui media," ujarnya seperti dilaporkan China Daily, Khamis (24/11/2011).

Wang memaklumkan dia berbuat demikian kerana kisah hidupnya. Pada usianya 18 tahun dia baru menyedari bahawa dia adalah seorang anak angkat. Ibu bapa kandungnya tidak mampu menjaga kedua orang anaknya, sehingga dia diserahkan kepada orang lain.

"Saya sudah menyumbangkan dana sebesar 40,000 yuan (RM 20,000), sejak 15 tahun yang lalu. Ketika saya menyumbangkan wang tersebut, saya meminta bukti pengesahan dari orang tersebut," katanya.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks